Friday, August 20, 2010

Belon Papa

Adib berusia 5 tahun. Pada suatu hari dia terjumpa sebuah KONDOM di atas lantai lalu ia bertanya kpd mamanya:
Adib: “Mak ini apa?”
(dengan santai ibunya berkata)
Mama: Itu BeLON

Kemudian dia terjumpa lagi kondom lain terus menerus hingga ber jumlah 5 buah.
Lalu Adib membuat mainan kondom itu hingga menjadi belon yg berbentuk lonjong…

Tiba-tiba Adib masuk ke kamar mamanya dan dia melihat papanya sedang tidur. Lalu tanpa sengaja Adib menyingkap selimut papanya dan dia pun berteriak:

Adib: “MAK, BURUNG PAPA PANDAI NIUP BELON !!
IBU: “???!!!

Pak Pandir Naik Teksi

Pada suatu hari, Pak Pandir melawat ke sebuah negara Timur Tengah. Oleh kerana sudah lewat malam, Pak Pandir menahan teksi untuk pulang ke hotelnya.

Pemandu : Mau ke mana encik (dalam bahasa arab)
Pak Pandir : Jalan Antah Berantah. Berapa?
Pemandu : Sepuluf ringgit syeikh.
Pak Pandir : Baiklah.

Pak Pandir pun naik teksi dan pulang ke hotelnya. Setibanya dia hotel,

Pak Pandir : Nah 5 riyal.
Pemandu : Haih encik, tambangya 10 riyal.
Pak Pandir : Hish ente ni. Kita kan naik teksi ni dua orang, 5 riyal seorang lah.

Pak Pandir terus lari ke dalam hotel. huhu

Pengantin Baru dengan Kapal Terbang

Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah….

Emak pengantin lelaki menasihati anaknya…
Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama, maka kamu harus kata, “Kapal terbang ingin mendarat”".
Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya…
Nak, bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat, maka jawabnya, “Lapangan terbang sudah sedia”".

Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba…
Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba hatinya berdebar-debar.
Dia mendekati si isteri lalu mengatakan “Kapal terbang ingin mendarat
Si isteri seperti tidak faham dan berkata “Saya penat bang …mari kita tidur.”
Si suami hampa, namun dalam hatinya berkata “Tak apa mungkin isteri aku malu….beri dia peluang kedua

Tiba malam kedua…
Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.
Malangnya si isteri masih tidak faham. Kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar dalam hatinya
berkata..
Berita apa pula ini.. Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun,
tak ada kena mengena dengan saya.
Kemudian dia berkata kepada si suami “Sudah lah tu bang, janganlah baca surat khabar lagi, mari kita tidur
Si suami hampa lagi…
Tetapi dalam hatinya berkata “Tak apalah esok masih ada.

Tiba malam ketiga…
Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat.
Lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.
Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati
berkata “Mana ada kapal terbang !!
Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ….
Si suami hampa dan berkata dalam hati
Kejamnya isteriku, membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.
Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.

Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya
Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata, “kapal terbang ingin mendarat??
Si ibu pun berkata “Apa yg kamu jawab nak ?
Si anak berkata
Saya tidak jawab apa-apa
Si ibu berkata lagi
Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama, sepatunya anak menjawab
“Lapangan Terbang sudah sedia”, sebagai tanda bersetuju
Oh saya lupa lah ibu….tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul

Maka tiba malam keempat…
si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan
bertanya soalan yg sama.
Malam kian larut…
Si isteri tertanya-tanya bilakah gerangan si suami akan bertanya.
Si isteri akhirnya berkata dalam hati “Mengapa harus aku tunggu lagi,
apa salahnya aku sendiri meng`offer’ kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan
terus berkata “Lapangan terbang sudah sedia”,
Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri, dengan muka yg masam menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK”"

Budak Nakal

Seorang lelaki berkata pada jirannya,

Lelaki : “Anak lelaki aku yang baru berusia 9 tahun tu nakal sangatlah"

Jiran : " Kenapa kau katakan kau tu nakal?"

Lelaki : "Dia telah membuat pembantu rumah kami yang baru berusia 18 tahun hamil!!! Marah betul bini aku”.

Jiran : “Wah, Hebat betul anak kau ni! Aku yang dah kawin 8 tahun pun belum ada anak. Macam mana boleh jadi macam tu?

Lelaki : “Dia telah menebuk lubang semua kondom aku dengan paku..!!

Jiran : " Mau tak marak bini ko tu... hahhahaha "


Penjaga Gol Yang Hebat

suatu hari di sebuah stadium bolasepak yg sangat sesak, terjadi rusuhan antara penyokong. seorang ibu yg sedang menggendong bayinya panik dan kebingungan mencari cara agar dia dan bayinya bisa selamat keluar dari stadium.

ada seorang pemuda yg melihat ibu tersebut dan berniat ingin menolongnya, kemudian ia menyuruh ibu tersebut agar melemparkan bayinya kepadanya.

Pemuda: lemparkan bayi itu dan saya akan menangkapnya.

Ibu : Tidak, kamu tidak dapat menangkapnya. bayi saya akan jatuh dan mati.

Pemuda: saya akan menangkapnya, saya ini keeper hebat di sebuah kelab bolasepak. Tidak satupun pemain dapat jaringan gol apabila saya menjadi keepernya.

Ibu : Tidak satupun? kamu tidak berbohong?

Pemuda: Saya tidak berbohong, cepat lemparkan bayi itu.

Dengan sedikit ragu-ragu, ibu tersebut melemparkan bayinya kepada pemuda tadi. Kerana ragu-ragu, lemparannya sedikit berputar dan ibu tersebut takut bayinya jatuh.

Namun, dengan cekap, pemuda tadi menangkap bayi itu dgn tangan kanannya. Kemudian meletakkan bayi tersebut di tanah, dan mundur sejauh 2 meter lalu menendang bayi itu sejauh 60 meter.

Moral : jgn bawa bayi anda ke stadium bolasepak

Tuesday, June 1, 2010

Sarapan Pagi Istimewa


Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang bertulis “SARAPAN PAGI ISTIMEWA”, dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut. Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan. Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut “Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini?Lidah ayam bakar”, pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! “Lidah ayam bakar?? Lidah ayam bakar! Tidakkah kamu tahu bahawa hal itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!” kata lelaki tersebut. Kemudian pelayan tersebut bertanya “Kalau begitu encik mahu sarapan apa? “Bawakan saya telur rebus!” jawab lelaki tersebut. “Itukan dari ‘bontot” ayam!” jawab pelayan dengan selamba.

Siapa lagi Bodoh?

Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing

Org kaya 1: “Kau nak tau tak orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caye lihat ni…

Terus dia panggil si Adi orang gajinya.

Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir !! Right Away !!

Terus dia bergegas kekedai yang ade jual kereta. Orang kaya 1 itu terus mengatakan pada kawannye tu, “tengok kan betul tu?. dia bodoh nak mampus

Org Kaya 2: “Haha, itu tak de ape-ape lagi… saya punya orang gaji lagi bengap”.

Terus si org kaya 2 memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak

Ali: “Yes Sir !! Right Away !!” ali pun bergegas ke rumah tuannya.

Orang kaya 2 memandang temanye sambil ketawa Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu ditengah jalan.

Adi: “Ehh you know, my boss is soooo stupid lah. Dia bagi aku $10 dollar dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan ari ni ari minggu tentulah kedai tutup..

Ali: “My boss pun stupid dum dum gak. Ada ke dia buleh suh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak..


Pak Pandir Yang Bijak

Bijaknya Pak Pandir
Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih ‘kompius’ sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, “Lembik macam taik.” Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.” Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…
“MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!”

Malam Pertama

Langit begitu gelap
Cahaya rembulan begitu suram di langit
Hanya kami berdua
Aku dan dia
Rambutnya begitu halus
Matanya begitu bening
Aku tahu apa yang dia ingin aku segera lakukan
Kulitnya begitu lembut
Kakinya begitu sempurna
Aku mengelus-elus dengan jari-jemariku
Tepat di punggungnya
Waktu itu aku masih naif dan kurang pengalaman
Tetapi aku mencuba mengusahakan yang terbaik
Aku pegang dadanya
Lalu turun tepat di buah dadanya
Aku masih ingat bahwa waktu itu aku sangat takut
Hatiku berdegup dengan kencang
Perlahan-lahan aku membuka kedua kakinya lebar-lebar
Begitu dia melakukannya…
Aku sudah tidak ingat apa-apa lagi
Tidak juga rasa malu
Tidak lama kemudian
Cairan putih itu banyak keluar
Akhirnya pekerjaanku selesai
Sekarang semuanya telah berakhir…
Aku masih ingat Malam Pertama
Aku memerah SUSU SAPI!

Saturday, May 29, 2010

Rahman Kebingungan

Esok Baru Cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu…

Cerita Pelik

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…

Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu…

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Woakakaka….penat aku nak taip lagi nie….

Menantu Bill Gates

Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah
Anak: Tapi ayah saya sudah ada pilihan saya sendiri
Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates
Anak: oo kalau camtu oklah!

Kemudian bapanya berjumpa Bill gates

Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin
Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia
Bill Gates: oo kalau camtu oklah!

Akhirnya Bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia

Bapa: Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President
Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates
Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!

Hoho, This is how business is done!!

Patuh Had Laju

Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.
Maka Polis trafik pun berfikir ”Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita – dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang – mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya ” Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju.. kenapa ditahan?

Makcik” polis trafik menjelaskan ” makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain

lambat dari had laju ?” wanita itu merasa hairan.

Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!” bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.

Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan… adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat” polis trafik itu bertanya kehairanan

Oh… jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309].”

Cucu & Atok

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "?...?...?...?...?...?"

Wednesday, May 26, 2010

Fitness Center

Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'.
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru
je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg.
"Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan",

katanya sendirian. Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.

Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat... . hehehe"

Programmer Vs Engineer

Si programmer dan engineer berada dalam sebuah kapal terbang yang menempuhi penerbangan yang sangat jauh dan membosankan. Si engineer tidur dengan lena. Tapi si programmer tidak boleh melelapkan mata. Setelah kebingungan mencari aktiviti yang boleh di buatnya, si programmer membangunkan engineer dan mengajak bermain teka-teki. Si engineer yang sedang mengantuk cuma menggeleng dan mencuba untuk tidur semula.

Cepatlah kita main tek-teki, aku bosan ni ” desak si programmer, “Kita bertaruh. Yang kalah kena bayar sepuluh ringgit kepada yang menang.

Si engineer masih menolak.

Macam ni lah, ” kata programmer, “Kalau aku tak dapat menjawab teka-teki engkau, aku bayar kau seratus ringgit. Kalau kau tak dapat menjawab teka-teki aku, kau bayar aku sepuluh ringgit saja.”

Si engineer bosan diganggu, dan terpaksa setuju. Maka si programmer memberikan teka-teki pertama, “Berapa jarak dari Matahari ke planet Pluto?

Si engineer terus mengalah dan menyerahkan sepuluh ringgit kepada si programmer.

Si programmer dengan gembira mendengar teka-taki dari Si engineer. Maka si engineer pun bertanya, “Apa yang naik dengan tiga kaki dan turun dengan lima kaki?

Si programmer bingung. Tapi ia tak mahu menyerah kalah. Maka ia membuka notebooknya, dan mencari dari pelbagai sumber. Setelah gagal, ia menyambungkan modem, dan mencari jawapan dari internet. Masih gagal, ia mengirim email ke seluruh email yang ada dalam contact e-mailnya untuk bertanyakan soal itu. Tapi tidak ada yang dapat menjawab.

Putus asa, ia menyerahkan seratus ringgit kepada engineer yang masih tidur-tidur ayam. Si engineer tenang menerimanya dan memasukkannya ke saku.

Si programmer merasa tidak puas hati lalu membangunkan si engineer, dan bertanya lagi, “Jadi, apa jawapannya?

Dengan malas, si engineer menggelengkan kepala dan mengeluarkan sepuluh ringgit, menyerahkannya kepada si programmer, lalu tidur lagi.

Cara Menjawab Telefon

9 Cara menjawab panggilan telefon yang betul.. kadang-kadang orang tanya lain kita jawab lain.


1. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,manalah saya tahu siapa disana.

2. Soalan: haloo, boleh saya bercakap dengan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je lah. buat apa awak tanya saya pula.

3. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maaf cik,nombor tak boleh disambung,nombor hanya boleh dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi.

4. Soalan: haloo, mak ada rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ada pasal rumah ni bapak yang beli.

5. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannya.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maaf

6. Soalan: halloo... ...
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

7. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maaf. ini bukan kaunter pertanyaan.

8. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betullah tu.

9. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kita wajib jawab)

Semua Orang Memanggilku Aishah

Pada suatu malam sepasang suami isteri sedang tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi bising. Rupanya pintu bilik mereka dibuka dengan kuat dan mengejutkan mereka dari tidur. Seorang perompak lelaki yang berwajah garang mengacukan pistol ke arah si isteri.

Perompak: “Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!”

Isteri: “Na… na… nama sa… saya… Aisyah

Perompak: “Aisyah? Nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu.”

Lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan pistolnya dan berkata…

Perompak: “Sebutkan namamu! Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.”

Suami: “Namaku Irwan… tapi… semua orang me… memanggilku Aisyah…

· · · · · · · · · ·

Pemeriksaan Gigi

Seorang doktor muda yang sangat cantik melakukan pemeriksaan gigi di sebuah kampung.

Saya nak tahu berapa kali pakcik menggosok gigi ?” tanya doktor.

Pak Abu: (agak malu-malu) “Kalau pakcik cukup sekali sehari.”

Pak Mat: “Saya 3 kali sehari doktor

Doktor: “Bila pakcik menggosok gigi?”

Pak Mat: “Waktu pagi selepas sarapan, tengahari setelah makan, dan malam sebelum tidur.

Pak Tam: “Itu pun nak kecoh… aku 12 kali…

Doktor: “Wah… bila masa pakcik menggosok gigi sampai 12 kali?”

Pak Tam: “Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November, Disember.”

Doktor: Alamak patutlah gigi pakcik putih berkilat... Hampeh(dalam Hati)