Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang bertulis “SARAPAN PAGI ISTIMEWA”, dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut. Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan. Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut “Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? “Lidah ayam bakar”, pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! “Lidah ayam bakar?? Lidah ayam bakar! Tidakkah kamu tahu bahawa hal itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!” kata lelaki tersebut. Kemudian pelayan tersebut bertanya “Kalau begitu encik mahu sarapan apa? “Bawakan saya telur rebus!” jawab lelaki tersebut. “Itukan dari ‘bontot” ayam!” jawab pelayan dengan selamba.
Koleksi cerita-cerita lawak, lucu, geli hati, mengasah gigi, pecah perut atau yang seangkatan dengannya yang di kumpul dari pelbagai sumber (internet, cerita kengkawan, majalah, komik, surat khabar atau sebagainya.
Tuesday, June 1, 2010
Sarapan Pagi Istimewa
Siapa lagi Bodoh?
Org kaya 1: “Kau nak tau tak orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caye lihat ni…”
Terus dia panggil si Adi orang gajinya.
“Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir !! Right Away !!”
Terus dia bergegas kekedai yang ade jual kereta. Orang kaya 1 itu terus mengatakan pada kawannye tu, “tengok kan betul tu?. dia bodoh nak mampus”
Org Kaya 2: “Haha, itu tak de ape-ape lagi… saya punya orang gaji lagi bengap”.
Terus si org kaya 2 memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”
Ali: “Yes Sir !! Right Away !!” ali pun bergegas ke rumah tuannya.
Orang kaya 2 memandang temanye sambil ketawa Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu ditengah jalan.
Adi: “Ehh you know, my boss is soooo stupid lah. Dia bagi aku $10 dollar dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan ari ni ari minggu tentulah kedai tutup.. “
Ali: “My boss pun stupid dum dum gak. Ada ke dia buleh suh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak..”
Pak Pandir Yang Bijak
Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih ‘kompius’ sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, “Lembik macam taik.” Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.” Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…
“MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!”
Malam Pertama
Cahaya rembulan begitu suram di langit
Hanya kami berdua
Aku dan dia
Rambutnya begitu halus
Matanya begitu bening
Aku tahu apa yang dia ingin aku segera lakukan
Kulitnya begitu lembut
Kakinya begitu sempurna
Aku mengelus-elus dengan jari-jemariku
Tepat di punggungnya
Waktu itu aku masih naif dan kurang pengalaman
Tetapi aku mencuba mengusahakan yang terbaik
Aku pegang dadanya
Lalu turun tepat di buah dadanya
Aku masih ingat bahwa waktu itu aku sangat takut
Hatiku berdegup dengan kencang
Perlahan-lahan aku membuka kedua kakinya lebar-lebar
Begitu dia melakukannya…
Aku sudah tidak ingat apa-apa lagi
Tidak juga rasa malu
Tidak lama kemudian
Cairan putih itu banyak keluar
Akhirnya pekerjaanku selesai
Sekarang semuanya telah berakhir…
Aku masih ingat Malam Pertama
Aku memerah SUSU SAPI!